♥ Follower ♥

30 Mei 2013

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam SPA

BACA SINI (NEW UPDATE 17/6/2013) :

PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED W17

sini  | sini


Tadi saja gatai tangan bukak portal SPA mana tau ada jawatan kosong baru kan..
mira try klik senarai penjadualan temuduga..
tengok2 ada temuduga yang mira cuba apply..
klik..klik...dan....


Alhamdulilah mira dapat temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17..
baru temuduga bukan kerja terus..
hahaha,..
heboh sakan..
bukan gitu yaa..
sebenarnya mira buntu sangat..
nak bagitau mak abah pun tak berani..
yeellahh mira kan student lower six baru ja daftar 8 hb qitu...
kalau mira bagitau mesti tak bagi punyaaa..
padahal mira minat sangat dengan kastam nih...
tapi starting gaji dia hanya RM928 belum campur elaun ...
tak banyak kan,...
tapi bila difikirkan bila kerja kerajaan banyak keistimewaannyaa...
kalau mira teruskan form 6 belum tentu dapat kerja..
tapi penempatan di universiti tu InsyaAllah laaa..
Oontaahh laa..
kalau dapat Latihan Jururawat KKM SPApun ok jugak..
belajaq 3 taon starting gaji dah RM1560..
hahahaha...
see...see..see..see...
mata duitan kan aku..
adoiii...
17 hari lagi..
ada masa lagi untuk berfikir...

Tempahan Bunga Telur Crepe Warna Warni

Selamat petang...
sebelum si comel manis,akak-akak,mak cik-mak cik salah paham meh sini ceq terangkan..
jangan terkejut ok bukan mira bukak tempahan untuk bunga telur crepe ni..
mira sesaja nak buat review saja mengenai bunga crepe yang tengah hot dipasaran..cewwaahhh...
yang sebenaqnya nak cari untuk sendiri...
sekarangkan musim orang kawin dan semestinyaaa kita pun terjebak sama sekali kan..
hahahahaha..tak kira la kenduri sepupu sepapat ka,jiran ka,sendiri punya ka,atau sapa2 ja la kan....
dah nama pun majlis kan mesti ada ole-ole nyaa..
zaman sekarang ni orang tersangat kreatif dan mungkin sekali berkemampuan sama...
macam2 jenis ole-ole yang depa bagi sebagai tanda kenang-kenangan...
okeyh dipendekkan cerita,mira tertarik nak search info kat google tentang bunga crepe ni haha nak cari mana tau ada yang lebih murah dari kedai..
rupanya kos nak buat bunga crepe ni pun murah tapi ikut owner penerima tempahan dan cara tempahan laa...
cantik tau bunga telur crepe ni...
di wedding mana2 pun asyik nama bunga crepe ni jaa..
ni rupa sebatang bunga telur crepe..
boleh letak telur,gula-gula,sumi,apa2 ja asalkan muat..hahaha


yang kat bawah ni sesuai la untuk hiasan dalam wedding ..
boleh letak di meja makan pengantin sebagai penyeri...







tapi kalau pink + turqoise lagi cantik...
ada juga orang guna bunga crepe untuk hias hantaran...



ehhh bunga tangan pun ada..


hahaha..mesti juling mata kan..
yang mira share gambar ni kira bagus la rate harga dalam RM1.70 ,RM 2.50 sebatang..
mira try survey kat kedai sebatang boleh dapat RM3.00 ..
wooowww,,..kalau 100 batang RM300..
Huhuhu..ala kalau nak save lagi buat sendiri ..
alahaaii masalahnya tanganku bunga tangan seni...
kang jadi bunga taik pulak..hahhaa
|
|
|
|
okkk kat sini page untuk tempahan dengan rate harga boleh tahan...
boleh jengok2 kalau berminat...





26 Mei 2013

Suprise & Awesome Giveaway by SN

                                                                             
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 
a) ................................................
b) ................................................







1st GiveAway by storysalawakya.blogspot.com and VIVALICIOUS SHOPPING HOUSE



Tag ;


due date :
30-5-2103

Nota Sejarah STPM Penggal 1

Okeyh..disebabkan mira sambung study form6,teringin jugak mira nak share nota sejarah..
harap boleh buat panduan untuk mira dan orang2 yang memerlukan...
nota ni ringkas sahaja dan tertumpu kepada tajuk pertama dulu..next entry tajuk lain pulak yaa..



Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri.


1.1 MASYARAKAT FEUDAL


Pengenalan


Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :


  • Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat     dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup.
  • Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.
  • Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.
  • Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.


Pengertian
  

  • Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik       tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.
  • Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki)
  • Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH.
  • Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.
  • Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.
Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.
  • Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar.
  • Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
  • Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus.
  • Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka : 
    -sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja     orang Gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.
  • Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :
    -Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
    -Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.
  • Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka mereka :
    -Memerlukan perlindungan.
    -Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
  • Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.
2) Pengaruh Rom
  • Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil alih pentadbiran tempatan.
  • golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.
  • Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.
  • Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)
  • Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet.
  • Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini dikenali sebagaiprecarium.
  • Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.
  • Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium. Berdasarkan amalan ini :
    - Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka.
    -Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.
  • Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.

3)Pengaruh Jerman
  • Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan di Jerman :
    -Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
    -Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
  • Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal
  1. Susunan masyarakat secara berperingkat
    - Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.
    - ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan    bangsawan/tuan tanah(baron), ahli agama dan petani(serf)
    - JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .
  2. Hubungan dua hala(timbal balas)
    - Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.
    - Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada raja.
    - Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.
  3. Hubungan petani dengan tuan tanah
    - Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .
    - Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
    - Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
    - Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba kepada tuan tanah.
    - Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah mereka.
  4. Kuasa Raja
    ENGLAND
     :
    - Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
    - Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
    - Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan .

    JEPUN :
    - Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto.
    - Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
    - Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
    - Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .
  5. Tentera/Peperangan
    ENGLAND :

    - Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
    - Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
    -Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.

    JEPUN :

    -Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
    - Mereka menjadi tentera kerajaan.
    - Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.
  6. Kedudukan lapisan bawah

    ENGLAND :
    - Petani pada kedudukan rendah di England
    - Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.

    JEPUN :
    - Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
    - Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
    - Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan dasar tutup pintu.

Sekitar Majlis Akad Nikah SepupuKu NurAin

Assalamualaikum...
sebenarnya cerita ni sudah lapok dek panas..ahhahaha..
mira terlalu sibuk seminggu 2 ni dengan family n 'student kembali'...
selamat sudah sepupuku Nur Ain menjadi isteri kepada Redwan Isnin lepas 20-5-2013...
depa tunang  12-12-12 ...setahun lebih jugak ikat tali pertunangan..
setelah mengharungi pelbagai kata-kata,tohmahan,dan segala bagai akhirnya bersatu jugak..
InsyaAllah semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat yaa....


ni la tuannyaaa..Puan Nur Ain ..hahah..bajet...
baju ni sepupu mira jugak yang buatkan ..
dia la yang jahitkan renda2 tu manik segala bagai...
bukan nak puji memang ikhlas katakan cantik baju dia simple jaaa ..
ye la sekarangkan  orang suka baju yang tak sarat manik..
warna pun lembut sekali tengok peach..dua kali tengok soft pink..tiga kali tengok..?hahha
tak tau la pastu ..



makeup dia cantik tapi mira ni tak berapa suka heavy makeup...
suka yang light smooth jaaa...
ikot taste masing-masing la kan..



ni la mak andamnyaaa...alahai,tukang makeup pun cantik jugak...



















cerita dah habis..heheheh



Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA Sesi 2013/2014

Assalamualaikum..
hari ni cik mira terlebih rajin nak buat entry mengenai UPU..
Result dah keluaq kan seminggu yang lepas...
yang dapat tu alhamdulilah...
yang tak dapat tu mungkin rezeki ada di tempat lain la pulak kan..
perancangan Allah tu adlah yang terbaik...
harap-harap janganlah yang frust menonggeng pulak yee...heehehe..

okeyh bagi sesiapa yang nak buat rayuan boleh la ambik tindakan sepatutnyaaa..
InsyaAllah mana tahu dap;at intake ke -2 kan..
aplikasi e-Rayuan ni dibukak kemarin dulu lagi ( 24 MEI 2013)
selepas aplikasi semakan Keputusan Ke Politeknik Konvensional dan ILKA dibukak..
sesiapa yang nak check boleh pergi ke SINI

1 - Pergi ke website UPU : http://upu.mohe.gov.my/    



2 - Klik seperti di anak panah dalam gambar..



3- N Then Pilih dan Klik Jenis Permohonan ---> Program Pengajian ---> Masuk


4 - Selepas klik button MASUK ,akan terpapar seperti gambar kat ats..Klik pada PERMOHONAN dan isi  seperti awal-awal permohonan dulu..bezanya hanya perlu isi 2 Pilihan IPTA/POLI PREMIER sahaja...
okk...settle..

25 Mei 2013

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 JUNE 2013


CHANTIQUE DE MATA : BEAUTY CONTEST


* STICKY POST *
(  SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY  )
||  Cantik Itu...Ada Pada Hatimu Yang Tercantik Kerana Kecantikan Hatimu Akan Memancarkan Cahaya Di Wajahmu   ||

Assalamualaikum...
Tadi mira check chatbox stalker mira terjumpa yang ini..


heheehe..tengok banner pun tertarik daa kan...sebenarnya pemilik banner ni Aina Rahman ada inform mira yang dia ada buat contest...
waa..bila review balik best contest ni dan penting hanya untuk gegurlz jaa tau..
hee dah terbentang luas kan makeup2 bagai..

'' Perempuan dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan ibarat isi dengan kuku berkawan baik sangat..Bila kita sentuh tentang kecantikan perkara paling mustahak yang diberi penekanan ialah kecantikan kulit muka..Bak kata tu aset terpenting kita ''

'' Sayangilah wajah kita even ada 'hal tak diundang' dan sukailah rupa kita seperti yang dianugerahkan oleh Allah swt..Bersedialah darisekarang utuk tetap menyukainya apabila tua kelak nanti..Bersyukurlah.. ''


ok dipendekkan cerita mira nak review apa yang best tentang contest Aina Rahman..
Hadiah contest ni tersangatlah menarik makeup service ,jual phone case,bracelet,and barang2 kosmetik yang Aina jual sendiri tau...
mira share gambar nak bagi hampa jeles tau..hahaha..lwok jeee...

  

terus terang mira katakan mira tak pernah tengok casing phone yang handmade sendiri...
kalo hampa mira tak tau la kan..
bukan nak bodek..tapi mira ikhlas katakan cantik sangat casing dia sweet jaa..haha  

    


ni antara barang2 kosmetik Aina jual..
sebenarnya banyak lagi tau barang kosmetik dia...
terjah ja album facebook dia..
  

     

cantik kan bracelet dia ala-ala mutiara gitu...
(Alahai kalo la dapat menang yang ni !!)



ni salah satu gambar makeup services(look familiar like indonesian artis..haha)
pilih yang ni sebab marvellous sangat ...
makeup yang smooth,ringan tak tebal sangat..natural jaaaa...
heee,tuan badan pun cantik...
hahaha...soo apa lagi takkan baca ja?
kalau berminat terjah la facebook and blog Aina..
lagi 1 rugi tau tak join contest dia..hadiah pun menarik sangat...
hadiah contest:

1- 1 set barangan makeup bernilai RM100
2- 1 Utas gelang mutiara bernilai RM50
3 - Casing Phone bernilai RM 50
4 -  1 sesi makeup 
5 - dan banyak lagi la..

soo..apa lagi jom terjah Facebook Aina Rahman




# Tag kepada :
1- Mira   2 - Zana Hassan  3- Elykojal  4- eyda  5 - Nurin Aqilah  
6 -Shaeezah  7 - Ina    8 - Cik NurHuda  9 - AleaSara  10 - Tourchureart  
11 - sue  12 - Najwa Ayuni  
13 - Mia Liana  14 - Kirana  15 - NorMinieza





campaign image          

19 Mei 2013

Kenapa tak dapat UPU??


BACA SINI

Assalamualaikum...
baru-baru ni result UPU sudah diumumkan..
Ramai yang tertanya-tanya kenapa yang tak dapat UPU walaupun result elok 5A 6A tapi tetap tak dapat UPU?
Terok sangat ka result padahal budak-budak 2A tetap ada yang dapat..
Mungkin tak da rezeki..tapi terkadang tu mesti hampa terfikir jugak kenapa erk tak dapat?silap pilih kos apa?ikhlas katakan mira tak berapa mengharapkan UPU hanya lebihkan kepada Form 6 and latihan kkm SPA..
Mira ada baca 1 entry dari sorang akak ni dia pun ada share kenapa tak dapat UPU..
Okeyh,pihak UPU ada menjawab segala soalan dan mira share hasil printscreeen Kak Miela..


 




(Klik gambar untuk lebih besar)


Secara ringkas sebab-sebab tak dapat UPU:
1- Terlalu demand dalam memilih kos
2 - gred SPM subjek elektif rendah
3 - pilih yang kos kurang dari 8 pilihan
4 - Masalah seperti IC / tertukar maklumat
5 - Markah koko yang sedikit

Jadi kalau nak pilih kos tu jangan terlalu demand sangat..
Kena ukur dibadan sendirilah..Pilih kelayakan berdasarkan subjek yang diambil dalam SPM bukan kos yang sedap namanya*cik mira la tu..Contoh ada seorang student sanis tulen dapat 5A dalam subjek teras tapi tak kredit dalam elektif seperti bio,kimia,fizik and add math..Mohon course di UM ,memang tak dapat lah..dan jangan pandang sebelah mata pada university tak berapa femes dan politeknik..

Untuk adik-adik Form4,kalau ambik subjek sains tulen kena pastiakn boleh belajar n score betul2 tapi kalau tak boleh jangan lah ..ada orang pernah mengatakan ''Kalau ambik sains tulen ni,bidangnya luas dan senang masuk universiti..'' Kalau tak score subjek elektif jangan haraplah..mira pun ada pengalaman budak sains tulen sekolah mira pun macam tu jugak..Kalau nak isi UPU tu biarlah full pilihan janganla bagi 8 isi 3 atau 4 saja walaupun tak mau diploma nak asasi jaa....seyakin mana pun kalau rasa boleh dapat course tu biarlah isi semua..Tapi kalau tak dapat UPU tu ,jangan tanya kenapa,
buangkan perasaan overconfidient  tu..

Kesimpulannya,kita jangan menuding jari kepada 1 pihak saja padahal semua tu datang dari kesilapan kita sendiri..Zaman sekarang mungkin susah nak dapat U sebab banyak persaingan lagi pula orang pandai ramai sangat..Jangan bersedih kalau tak dapat IPTA,mungkin rezeki kita ada di tempat lain pulak..mana kita tau kan..Perancangan Allah swt sangat baik untuk hamba-hambanyaa..
mungkin kita boleh cuba di Form6 ,Matrikulasi,or IPTS..heeehe..kan? 
sekian


Credit to : Kak Miela









Segmen : 2 Jam By Iffah Nadiah

18 Mei 2013

Special Giveaway by Syazlia & Diana


(KLIK BANNER UNTUK JOIN)

Senarai Hadiah yang AWESOME!
- 5 Doodle by Miss Wawa
- 2 Header by CikJariManis
- 2 Tudung bawal by 4u Muslimah
- 2 mask muka by Anis
- 1 Novel by Anis
- 1 cursor by Zahirah *Design mengikut kehendak pemenang
- 2 long necklace by Memories
- 1 tudung ready made by Pemborong
- 1 Minuman BerryRich by Serbaneka
- 1 hadiah misteri by Cik Teha *Misteri gila tau!
- 1 MP3 by Hafizah
- 2 topup RM5 by Hafizah
- 5 tudung bawal tribal by De Bawal
- 2 topup RM10 by Mysara
-2 Keronsang Reben by Siti Zawiah
- 6 tomato, 6 appeltox, 6 shiseido by Anseneda

due date :
31-5-2013


Mira nak :
Tudung bawal ready made 
minuman berryrich

17 Mei 2013

Semakan keputusan kemasukan ke Politeknik Premier sesi Jun 2013

poli premier 2013 semak semakan keputusan politeknik premier sesi jun 2013 online

Tarikh keputusan diumumkan adalah pada 17 Mei 2013(Jumaat) calon lepasan SPM yang memohon melanjutkan pelajaran di Politeknik Premier/IPTA boleh membuat semakan tersebut adakah berjaya atau tidak untuk permohonan terbabit..

Semakan boleh dibuat menerusi kaedah dan cara seperti berikut :-

1- Secara Online - Portal Pengambilan Pelajar Politeknik,klik SINI

2- Menerusi SMS -  Taip UPU RESULT (No kAD PENGENALAN) dan hantar ke 15888


1st BIGGEST GIVEAWAY BY O.S.M




TOP REFERRAL
1st : PATUNG ELMO (SEDERHANA BESAR) , PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL ,
TOPUP RM 10 , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING

2nd : PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , TOPUP RM 5 , BUTON I <3 BLOGGING

3rd : PEPLUM/TRIBAL BLOUSE/TRIBAL SHAWL , KOMIK , BUTTON I <3 BLOGGING

TAMBAHAN : KALAU NASIB ANDA BERTUAH ANDA MUNGKIN DAPAT HADIAH TAMBAHAN IAITU  T-SHIRT I <3 BLOGGING 

SAGUHATI *EHH , HAHA
TOPUP 10 x 3
TOPUP 5 x 3
KOMIK x 5
LE' MUSTACHE NECKLACE x 2
OTHERS NECKLACE x 2
SHAWL x 2
PASHMINA x 1

TAMBAHAN : JIKA BERTUAH ANDA JUGA MUNGKIN DAPAT BUTTON I <3 BLOGGING



GILA GILA Giveaway by Alja

(KLIK BANNER)

Jom join..
hadiah tersangatlah gempak dan banyak...
mata cik mira pun kabur sekejap..haha

2 Hadiah yang menarik Cik Mira :
Shawl
Jam

Mangsa seterusnya :

16 Mei 2013

‘Special Giveaway from SABAH’



Haiiyyaaaa..bikin gua panas punggung saja tengok gambar kat atas tuh..hahaha...dah lama cik mira berkeinginan nak jejakkan kaki kat Sabah..18 tahun hidup tak berkesempaian lagi,tak da rezeki lagi kot..1 ja matlamat nak p Sabah hanya nak tawan gunung kinabalu..InsyaAllah ada rezeki tak kemana..btw,cik mira join contest  ni nak t-shirt I love Sabah tu..heheheeee,kalau dapat cik mira nak pakai tayang hahaha * niat dalam hati nak bagi orang kata owh dia dah pernah pi Sabah..haha..poyo laa..okeyh yang sebenarnya nak wish ...
Hepy bufday to her,
eh ? tapi yang ke berapa?



cantikkan?..u're so beautiful..sabah bha mesti cantik kan...heheee..semoga panjang umur ,murah rezeki selalu yaa..

-
-
-
-
-
-
Mangsa :


Mini Segmen By DIS

CONTEST HEADERKU OWSEM BY SHARINA

-Klik banner kalau nak join-

Assalamualaikum
Jom ramai-ramai kita join Contest Headerku Owsem by Sharina, hanya perlu pertaruhkan header korang yang comel-comel itu dan sedikit syarat, confirm korang boleh follow punya lah 
Jom tengok hadiah dulu [Sini]
Contest ini dianjurkan oleh Sharina Elyana
bersama sponsor Yasira, Aisyah Humaira, Nabila Medan, Syiela, Pelangi Collection
Choc Empire, Cik Ana, Fatin Diana

♥ Good Luck 
Fully Design By Siti Nor Amiera | For Siti Nor Amiera 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome
♥ HAK CIPTA SEPENUHNYA OLEH CLEOPATRACHENTAAMIRA ♥