♥ Follower ♥

28 Jun 2013

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

                             
                        

                         Lihat| SINI | dan | SINI |




Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali


- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.


- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali


- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)


- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.



-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.


-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.


-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.


-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Bagi yang masih tiada zuriat , boleh la cuba amalkan...

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki / Perempuan


Lihat | SINI | dan | SINI |





Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki 


1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.


3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.


4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan



1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.


2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’


3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik

-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba!!!


Pantang Larang Orang Tua


Lihat | SINI | dan | SINI |





Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub lak mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Soalan Exam SPA Penolong Akauntan W27



Lihat | SINI | dan | SINI |








Rujukan Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

[[ Exam Penolong Akauntan W27 - 04 JULAI 2013 ]]

http://bit.ly/1aQxwht

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. 

Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada... peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. 
Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

contoh soalan exam penolong akauntan dapatkan di http://bit.ly/1aQxwht
Fully Design By Siti Nor Amiera | For Siti Nor Amiera 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome
♥ HAK CIPTA SEPENUHNYA OLEH CLEOPATRACHENTAAMIRA ♥