♥ Follower ♥

26 Mei 2013

Nota Sejarah STPM Penggal 1

Okeyh..disebabkan mira sambung study form6,teringin jugak mira nak share nota sejarah..
harap boleh buat panduan untuk mira dan orang2 yang memerlukan...
nota ni ringkas sahaja dan tertumpu kepada tajuk pertama dulu..next entry tajuk lain pulak yaa..



Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri.


1.1 MASYARAKAT FEUDAL


Pengenalan


Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :


  • Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat     dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup.
  • Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.
  • Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.
  • Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.


Pengertian
  

  • Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik       tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.
  • Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki)
  • Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH.
  • Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.
  • Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.
Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.
  • Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar.
  • Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
  • Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus.
  • Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka : 
    -sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja     orang Gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.
  • Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :
    -Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
    -Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.
  • Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka mereka :
    -Memerlukan perlindungan.
    -Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
  • Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.
2) Pengaruh Rom
  • Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil alih pentadbiran tempatan.
  • golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.
  • Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.
  • Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)
  • Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet.
  • Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini dikenali sebagaiprecarium.
  • Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.
  • Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium. Berdasarkan amalan ini :
    - Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka.
    -Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.
  • Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.

3)Pengaruh Jerman
  • Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan di Jerman :
    -Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
    -Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
  • Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal
  1. Susunan masyarakat secara berperingkat
    - Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.
    - ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan    bangsawan/tuan tanah(baron), ahli agama dan petani(serf)
    - JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .
  2. Hubungan dua hala(timbal balas)
    - Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.
    - Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada raja.
    - Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.
  3. Hubungan petani dengan tuan tanah
    - Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .
    - Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
    - Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
    - Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba kepada tuan tanah.
    - Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah mereka.
  4. Kuasa Raja
    ENGLAND
     :
    - Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
    - Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
    - Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan .

    JEPUN :
    - Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
    - Maharaja ditempatkan di Kyoto.
    - Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
    - Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
    - Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .
  5. Tentera/Peperangan
    ENGLAND :

    - Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
    - Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
    -Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.

    JEPUN :

    -Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
    - Mereka menjadi tentera kerajaan.
    - Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.
  6. Kedudukan lapisan bawah

    ENGLAND :
    - Petani pada kedudukan rendah di England
    - Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.

    JEPUN :
    - Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
    - Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
    - Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan dasar tutup pintu.

Catat Ulasan

Maaf yaaa semua !! blog mira ada masalah tak boleh preview comment .. Soo terpaksa refresh home baru ada button 'POST A COMMENT ' ..

Fully Design By Siti Nor Amiera | For Siti Nor Amiera 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome
♥ HAK CIPTA SEPENUHNYA OLEH CLEOPATRACHENTAAMIRA ♥