♥ Follower ♥

28 Jun 2013

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

                             
                        

                         Lihat| SINI | dan | SINI |




Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali


- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.


- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali


- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)


- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.



-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.


-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.


-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.


-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Bagi yang masih tiada zuriat , boleh la cuba amalkan...

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki / Perempuan


Lihat | SINI | dan | SINI |





Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki 


1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.


3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.


4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan



1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.


2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’


3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik

-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. Selamat Mencuba!!!


Pantang Larang Orang Tua


Lihat | SINI | dan | SINI |





Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub lak mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Soalan Exam SPA Penolong Akauntan W27



Lihat | SINI | dan | SINI |








Rujukan Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

[[ Exam Penolong Akauntan W27 - 04 JULAI 2013 ]]

http://bit.ly/1aQxwht

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. 

Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada... peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. 
Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

contoh soalan exam penolong akauntan dapatkan di http://bit.ly/1aQxwht

17 Jun 2013

Tips dan Pengalaman Temuduga SPA Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

BACA SINI |  | SINI 


Assalamualaikum...
dah lama kan mira tak update new entry...
memang mira terlalu sibuk dengan sekolah lagi n persiapan temuduga lagi..
sebenarnyaaa apa yang mira nak share bukan bertujuan apa2 melaenkan sekadar sharing pengalaman temuduga...
mana tau bleh buat panduan kat bakal2 calon temuduga..hehehheee
hari ni 17/6/2013 tepat jam 12 tengah hari mira dah tercacak kat pejabat SPA di Wisma Persekutuan..
perasaan ? hanya Allah saja yang tau..
tersangat berdebar-debar sebenarnya mira pernah pun pernah interview qeja tapi qeja besa2 jaaa tapi cuma yg takut kena speaking english..hahaha..
my english sooo bad okeyhhhh..

sesudah sampainya tu kita kena ambik no giliran dulu pegi la kat kaunter dihadapan ..
bila dah sampai baru m tau selama ni mira hanya dengar baca ja kes2 calon kena bising cara susunan dokumen salah ..
AlHamdulilah dokumen mira semua lengkap cara susunan betul memang tak da masalah ...alhamdulilah sangat..hahaha tapi 1 ja kerani tu poyo habis dia loya buruk ..dia kata ' weyh aku ada nampak hang dok merempit dengan boprend hang siap peluk2 lagi ''
hahaha, ' aku pun selamba ja kata salah orang kot ...
banyak lagi dia kata kat mira kalau nak cerita lambat ..

and then mira dah dapat no giliran nombor bertuah mira hari tu D4013 ..kiranyaa lepas mira duduk tu ada lagi 3 orang yang tengah ditemuduga ..setengah jam lepas tu mira dipanggil ke bilik ..

Mira ketuk pintu dan terus terjah masuk ja dengan muka tersenyum ..hahaha(samseng dak aku ? )  
(lupa nak bagi salam atau ucap selamat petang,huhu,tawakal ja la kena potong markah )

MIRA          : tuan, ni dokumen saya ..
P.KASTAM  :  ok sila duduk ..
MIRA          :  terima kasih (haha dengan panjang lebaar nyaa )
  
aku duduk mula menselesakan diri ..

SPA             : SitI Nor Amirah Bt Anuar (sambil belek2 fail mira )
MIRA           : yaa sayaa ..

SPA             :  Ok,Amira awak cerita sikit pasal diri awak ..
MIRA           :  bla..bla..bla aku cakap kat depa n last aku kata saya tak berkerja ..

SPA              : haa? tak bekerja ?habis tu buat apa?
MIRA            : dok rumah saja .. sebelum ni ada kerja tapi berhenti sat sebab excden    
                      ..kena jaga mak saya..(part ni aku tipu sunat haha tak berani kata dok 
                     study sebab nnati depa kan kata balik belajar dulu yaa,tips jugak ni)

P.KASTAM    : excden ? la ..langgar apa ?
MIRA            : langgar ***** ..

P.KASTAM   : Laa..kesiannnyaaa...
SPA             : Kenapa awak tak sambung study ja ? keputusan awak ni bagus ..
MIRA           : U pun tak dapat ,matrik dapat yang rayuan ja tapi terlepas tarikh 
                     mendaftar ..lagipun  tak berminat nak belajaq lagi
                     (part ni tipu sunat haha)

SPA              : kolej2 swasta tak kan tak dapat ..?
MIRA            : ada,tapi tak berminat sebab kos tinggi sangat...

P.KASTAM    : pnjam PTPTN ?
MIRA            : saya sebenaqnya memang nak lari pinjam duit tu ..hahaha (nipu jer nih)

P.KASTAM    ; Ok,awak berminat nak berkerja dengan kastam ?
MIRA            : yaa sangat2 berminat (dengan confidentnyaa )
                      (P.KASTAM N P.SPA tu terus gelak kat mira..perli yaaa )

P.KASTAM    : okeyh,kalau awak betul2 berminat mai sini saya nak taya awak pasal      
                     mesti tau kan?
MIRA            : yaaa..hehehe (dalam hati kata mampoih la aku pandai sngat kata)     
                      
P.KASTAM     : Amira boleh cerita sikit tak kat saya skop tugas jawatan ni ?
MIRA             ; Mira jawab ja yang hafal kat pOrtal SPA tu ..(alhamdulilah boleh 
                       Jawab )..

P.KASTAM     : Jabatan kastam ni dibawah kementerian mana ?
MIRA             : (dengan lajunya jawab ) Kementerian Kewangan Malaysia

P.KASTAM    : (senyum ja)  Sapa ketua pengarah nyaa ?
MIRA            :  Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad 

P.KASTAM    : awak rajin membaca ya ?
MIRA            : hehehe (aku menggangguk n gelak ja kat sini)

SPA               : Kalau awak dihantar ke sabah serawak awak sanggup tak ?
MIRA             : sangat2 sanggup.hhehehe..

SPA               : Betoi ka ni ?nanti dah qeja tak snggup pulak..
MIRA             : ehh dak ..sanggup..Insyallah..hehehe

P.KASTAM     : boleh amira ceritakan sikit prosedur2 mengimport barang ?
MIRA             : berdasarkan apa yang mira  tau .kita perlu isi borang untuk 
                        pengikraran di pejabat  kastam,bayar duti dan tunnggu sehingga 
                       diproses ( hentam ja ni,mira ada cari maklumat pasal 
                        ni tapi xlengkap prosedurnya selepas bayar duti )
P.KASTAM     : ( dia menggangguk jaa ..haha)  ok2...good

SPA               : Amira ? tinggi awak brapa  ?
MIRA             : 163 ..

SPA               : Berat ?
MIRA             : 58 ..

SPA               ; masa kat sekolah masuk persatuan apa ?
MIRA             : Persatuan Bulan Sabit Merah ,tapi selain tu saya ada join jugak 
                      Koperasi Sekolah ..(yang ni aku tersasur,dia xtanya aku jawab
                       haha..lantak dia la ..jnji ak bercakap)

SPA               : sukan pulak ?
MIRA             : Petanque ..

P.KASTAM    : haa? (dengan mukaterkejut) apa tu ?
MIRA            : lebih kurang bowling padang laa..lontar peluru (explain p la kat dia)

PKASTAM     : peringkat mana ?
MIRA            : hehe..sekolah saja ...

SPA              : awak boleh kawad tak ?
MIRA            : Boleh,tapi basic nya saja la..(part ni sekali lagi aku menipu,haha,aku 
                     bukan tau kawad pun)

SPA              : cuba awak bangun kawad tengok ..
MIRA            : (dengan muka tak tau malu buat laa aku pun,)

P.KASTAM    : eh betul ka mula dengan kaki kiri dulu ?
MIRA            : hehe,dah tinggai lama ..(aku kawad la dua langkah )
                      persatuan bualn sabit merah dengan kadet polis lain ,cara kawad lain 
                      (aku dengaq2 lagu tu 
                      la..entah betoi entah tidak.ntah panel tu kata apa2 ka )

P.KASTAM    : cara kawad tu bagus dah tapi kaki tu silap sikit (sambil gelak kat aku)
                      cuba awak lurus tangan tengok ?
MIRA            : aku buat laa..
P.KASTAM    : okeyyhh,good..

SPA              : awak tak mintak2 mana ka ?
MIRA            : mintak tapi tak dapat ...

P.KASTAM    : minta tapi tak terpanggil lagi ya ?
MIRA            : Ha 'ah ..

P.KASTAM    : okeyh amira awak ada apa2 soalan nak tanya ?
MIRA            : saya tak ada apa2 nak tanya cuma saya harap tuan dapat bagi saya 
                      peluang la .hehe

P.KASTAM   : hehe.insyaAllah..awak doa banyak2 bagi terbuka hati2 panel..mana tau 
                     kan kami 2 terbuka  hati nak pilih awak ..hehehe..
                     
SPA             : Awak jangan putus asa la ..awak mintak..mintak jaaa..
MIRA           ; InsyaAllah ..hehehe

P.KASTAM   : Okeyh amira,terima kasih banyak2 ya sebab beri kerjasama (sambil 
                    senyum sinis,i not sure)  gud luck yaaa.
MIRA           : Hehe..ok2..terima kasih banyak2 yaaa...
                    (aku senyum tak putus2.hehe)

aku keluar la dari bilik temuduga dengan muka tersenyum2...hehe,memang ikhlas tau..mungkin boleh jawab semua soalan kot..
entah la rasa best semcam ja temuduga ni..memang tak da tekanan langsung..macam dok cerita kat kedai mamak pulak...hahahaha...penemuduga pulak ramah sangat..bestttt

p/s yang bestnya soalan spot kat blog kerja kerajaan memang sebijik...terima kasih kat admin sebab banyak membantu..semua ditanyaaa dan semua boleh dijawab dengan sempurna..alhamdulilah laaa...
soo.,sekarang  ni bertawakal la kepada Allah SWT ...Kalau ada rezeki dalam bidang ni,ada la..kalau tak da nak buat macam mana..mungkin rezeki ada ditempat lain..
mira tak berapa nak mengharap sebab banyak sangat persaingan..interbiu  8000 lebih pengambilan dalam  100 lebih ja..sikit kan..hanya berdoa kepada-Mu Ya Allah...Niat aku hanya kepada keluarga...

7 Jun 2013

Cara Dapatkan Link Printscreen AssignJobs

BACA SINI !!               

♥   Apa Itu AssignJobs ??
   Cara Daftar AssignJobs
   Jana Side Income Dengan AssignJobs
♥   Yahhoo Earning AssignJobs Semakin Meningkat

Senang saja untuk dapatkan Link printscreen sabagai bukti kita dah siapkan tugasan...
contohnya mungkin tugasan tu hasil like and share maybe or subscribe youtube channel ka apa2 laa...
apa yang penting bukti..
hehehe..

1 -  Buka LINK ini ----- > SINI




2 -  Klik LOG IN FACEBOOK 
|
3 -  Klik BROWSE untuk carian Gambar Di Folder Laptop Anda ..
|
4 -  Then , Klik UPLOAD NOW




5 - Pilih Salah satu Link Daripada 2 Link di atas dan COPY
|
6 -  PASTE kan Link Tersebut di ruang kosong tugasan AssignJobs .. 
|
7 -  Tunggu sehingga di REVIEW dan earning akan dikreditkan mengikut tugasan contoh $0.40 ..
|
siap..


Jom Daftar AssignJobs Kat SINI






Cara Daftar AssignJobs

Baca Entry Ini :



Langkah Pertama :

Buka LINK ni ----> AssignJobs

Then , Klik seperti digambar 


( KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN )


Langkah Seterusnya :


Skrin akan terpapas seperti ini ..





Isi form sehingga habis dan klik Sign Up

Buka Email dan Tekan link untuk confirmation tau ..

Dan Boleh Log IN seperti biasa dan automatik $2 / RM 5.50++ akan dikreditkan ke acc profile AssignJobs anda..




Apa Tu AssignJobs ??

Assalamualaikum....
dah pagi pun masih tak boleh tido...
apalagi mengusha la kan..
okk terasa hati nak buat entry pasal ni...
ok sapa yang tak da lagi AssignJobs tu boleh la daftar ye..

okeyh..mai nak cerita dulu bagi sapa2 yang tak tau lagi..
Apa itu AssignJobs ?
AssignJobs ni lebih kurang macam tugasan la yeee...kita akan diberikan tugasan contohnya like and share on facebook and we must state the proof dgn printcreen saja..boleh dikatakan tugasan yang diberikan 99.99% senang-senang belaka cik kak,cik abg oiii..haha..ala,macam kerja la jugak...soooo easy darling..

Berapa Nilai RM untuk setiap tugasan ?
Bergantung bagi setiap TUGASAN dan PENGUPAHNYA .. tapi yang penting setiap earning dalam DOLLAR ye..Contoh satu tugasan $0.50 so bila di convertkan in RM dapat la dalam RM1.50++ ..itu 1 tugasan ..kalau 10 tugasan berapa ya ? heheee

Bila Boleh Cashout Erning ?
Ehhh sabar ler..hahaha...cik mira la tu...jangan risau kita boleh cashout bila earning dah capai tahap $30 in RM lebih kurang 80 hengget ++ .....sabaq tau..tak lambat pun....

Soo..teringin tak ?
rugi tau...
Jom daftar kat SINI tau...
tak tau nak daftar?
boleh rujuk SINI

Tak percaya ?
boleh baca entry ni..




6 Jun 2013

Yahoooo Earning AssignJob Semakin Meningkat

Lagi-lagi Assignjob..hahhaha
sekadar sharing okey bukan bangga diri ke apa kaaa..
best tau asignjob ni senang ja kejaa diaa...
share printcreen upload and paste as proof senang kan..dalam 3 minit gitu ja settle...
tapi yang penting earning dalam DOLLAR tau..
hahaha..sengaja di capslockkan...



KLIK GAMBAR UNTUK PEMBESARAN


okeyh la tu kan.
baru kemarin  jebakkan diri dalam benda alah ni....
mungkin ada yang dah lama kan..
tapi kalau sebulan la kan ,agak2 berapa erk ?
huhu,masyukkk...masyuukk....hehehe
hari ni dah $5.55 IN DOLLAR tau..
if kita convertkan ke HENGGET MALAYSIA (RM) agak2 berapa erk?
hahaha..kira ar sendiri..

wahai2 blogger sekalian,tak rugi anda daftar AssignJob nih....
kalau dah jatuh cinta dengan AssignJobs boleh daftar kat SINI yee...
FREE TAU..

5 Jun 2013

Jana Side Income Dengan AssignJobs

Assalamualaikum...
hahahaha....hari ni penuh dashboard dengan assignjobs ni dah mula menular dalam jiwa-jiwa blogger..
dan termasuklah cik mira sekali dah mula nak jebakkan diri dalam AssignJobs ni...
best jugak lebih kurang sama dengan nuffnag and churp churp laa...
yang bestnya join pun dah dapat $2...
tapi bila convert to MYR dapat 6.60 kalau tak silap..
juz share and like dapat RM0.50..
ermmm...bestkan..tinggi sikit nilai dia..
hahaha..
apa2 pun kita try dulu..
mana tau ada rezeki disini pulak kaann....
dulu dengan nuffnag n churp churp sekarang kita tambah cabang pulak...eh tambah cawangan laaa..
hahaha..
sapa2 yang berminat tu boleh join kat SINI ..
rugi tau tak join sebab masyukk sangat....

30 Mei 2013

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam SPA

BACA SINI (NEW UPDATE 17/6/2013) :

PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED W17

sini  | sini


Tadi saja gatai tangan bukak portal SPA mana tau ada jawatan kosong baru kan..
mira try klik senarai penjadualan temuduga..
tengok2 ada temuduga yang mira cuba apply..
klik..klik...dan....


Alhamdulilah mira dapat temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17..
baru temuduga bukan kerja terus..
hahaha,..
heboh sakan..
bukan gitu yaa..
sebenarnya mira buntu sangat..
nak bagitau mak abah pun tak berani..
yeellahh mira kan student lower six baru ja daftar 8 hb qitu...
kalau mira bagitau mesti tak bagi punyaaa..
padahal mira minat sangat dengan kastam nih...
tapi starting gaji dia hanya RM928 belum campur elaun ...
tak banyak kan,...
tapi bila difikirkan bila kerja kerajaan banyak keistimewaannyaa...
kalau mira teruskan form 6 belum tentu dapat kerja..
tapi penempatan di universiti tu InsyaAllah laaa..
Oontaahh laa..
kalau dapat Latihan Jururawat KKM SPApun ok jugak..
belajaq 3 taon starting gaji dah RM1560..
hahahaha...
see...see..see..see...
mata duitan kan aku..
adoiii...
17 hari lagi..
ada masa lagi untuk berfikir...

Tempahan Bunga Telur Crepe Warna Warni

Selamat petang...
sebelum si comel manis,akak-akak,mak cik-mak cik salah paham meh sini ceq terangkan..
jangan terkejut ok bukan mira bukak tempahan untuk bunga telur crepe ni..
mira sesaja nak buat review saja mengenai bunga crepe yang tengah hot dipasaran..cewwaahhh...
yang sebenaqnya nak cari untuk sendiri...
sekarangkan musim orang kawin dan semestinyaaa kita pun terjebak sama sekali kan..
hahahahaha..tak kira la kenduri sepupu sepapat ka,jiran ka,sendiri punya ka,atau sapa2 ja la kan....
dah nama pun majlis kan mesti ada ole-ole nyaa..
zaman sekarang ni orang tersangat kreatif dan mungkin sekali berkemampuan sama...
macam2 jenis ole-ole yang depa bagi sebagai tanda kenang-kenangan...
okeyh dipendekkan cerita,mira tertarik nak search info kat google tentang bunga crepe ni haha nak cari mana tau ada yang lebih murah dari kedai..
rupanya kos nak buat bunga crepe ni pun murah tapi ikut owner penerima tempahan dan cara tempahan laa...
cantik tau bunga telur crepe ni...
di wedding mana2 pun asyik nama bunga crepe ni jaa..
ni rupa sebatang bunga telur crepe..
boleh letak telur,gula-gula,sumi,apa2 ja asalkan muat..hahaha


yang kat bawah ni sesuai la untuk hiasan dalam wedding ..
boleh letak di meja makan pengantin sebagai penyeri...







tapi kalau pink + turqoise lagi cantik...
ada juga orang guna bunga crepe untuk hias hantaran...



ehhh bunga tangan pun ada..


hahaha..mesti juling mata kan..
yang mira share gambar ni kira bagus la rate harga dalam RM1.70 ,RM 2.50 sebatang..
mira try survey kat kedai sebatang boleh dapat RM3.00 ..
wooowww,,..kalau 100 batang RM300..
Huhuhu..ala kalau nak save lagi buat sendiri ..
alahaaii masalahnya tanganku bunga tangan seni...
kang jadi bunga taik pulak..hahhaa
|
|
|
|
okkk kat sini page untuk tempahan dengan rate harga boleh tahan...
boleh jengok2 kalau berminat...





26 Mei 2013

Suprise & Awesome Giveaway by SN

                                                                             
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 
a) ................................................
b) ................................................







Fully Design By Siti Nor Amiera | For Siti Nor Amiera 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome
♥ HAK CIPTA SEPENUHNYA OLEH CLEOPATRACHENTAAMIRA ♥