♥ Follower ♥

2 Mei 2013

SEBAB WANITA MEMERLUKAN LELAKI


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki,tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan,cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki didalam hidupnya?Untuk beberapa waktu,ia begitu memukul-mukul kepala.Ya,apa perluseorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

 Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat,berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

'' Saya mempunyai seorang rakan,sederhana cantik,tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk ,tidak terlalu buruk,tidak terlalu jelita,manisnya ada,santunnya memikat orang tua,beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap embawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat,dan dia sentiasa sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

'' Tapi saya fikir ,saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu,dan membuatnya sealu terfikir-fikir.Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

''Saya harap dia membaca artikel ni.''

Cinta tidak boleh dipaksa-paksa.Cinta tidak juga datang kala kita mahukannyaa.Jika kita mahulkan ia menjadi air,ia datang seperti api.

Tetapi jika kita bersabar dan menrima ketentuan Allah swt,seorang lelaki yang baikakan didatangkan kepada kita juga.Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik juga tidak semestinya datang dengankepala berketayap,berjanggut selambak,atau harta yang membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik ,jika Allah mahukan dia menemani kita sepanjang hayat membimbing kelakuan ita,menjaga kemurnian kalbu bersama-sama,mendidik,mebuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana,dan,meberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmati-Nya.

Dia akan datang apabila tiba masanya.Lambat atau cepat,maafkan saya,kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Apabila kita mempersilakan seorang lelaki dudak disamping kita untuk sepanjang hayat,bermakna kita juga harus langsung mempersilakan sekain masalahnya berbaring dibahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada dikalangan kita,gadis,yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya,lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.Namun jika kita bijak menatangya,semuanya pasti baik-baik saja.Itulah adat dalam perhubungan.Yang buruk-buruk itu pasti ada.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak,jiakanda berfikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa,maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.


Walaupun tida saling memiliki ,dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi,anda dan dia tetap pengantin didalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untukdibawa pulang menemui ibubapa.Bercakap soal kahwin,beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit kala dibangku pengajian,kini sudah disunting,dan bakal menjadi isteri kepada lelki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih,melaksanakan tanggungjwab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita,kita diciptakan dengan keuliaan syahadah.Kerana benih seorang lelaki,kita tersenyawa,dikurnia tenga sehingga kita mampu  menyibak jalan dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki,kita ditiupkan jiwa,menjadi manusia,dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,sebagaimana ibu diilhamkan tuhan  untuk berkasih sayang dengan bapa.

Andai lelaki itu burung yang tebang,kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita bergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindunginya,maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga ,menghias sayapnyaKita mahu terus bersama-sama ,terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka,sehingga jalannya yang paling hujung,sehingga kita tua,rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapnnya,semoga kita semua diketukan denagn jodoh yang baik.InsyaAllah.

Catat Ulasan

Maaf yaaa semua !! blog mira ada masalah tak boleh preview comment .. Soo terpaksa refresh home baru ada button 'POST A COMMENT ' ..

Fully Design By Siti Nor Amiera | For Siti Nor Amiera 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome
♥ HAK CIPTA SEPENUHNYA OLEH CLEOPATRACHENTAAMIRA ♥