Seperti dipetik daripada laporan Harian Metro, Sakinah mengakui telah lama mengenali Ashraf dan isterinya, Noor Dayana Lokman yang tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup aktor dan pengamal perubatan Islam itu.
"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia berpesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun jika ia berlaku, dia reda," kata Sakinah yang menyatakan keputusan terletak di tangan Ashraf jika ingin memperisterikannya atau tidak.
Jelas wanita berusia 28 tahun ini lagi, "Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya."
Susulan dakwaan ini, timbul khabar angin mengatakan punca tindakan Ashraf ingin berkahwin lagi adalah disebabkan tiada zuriat dengan Dayana.
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.
Ashraf ketika dihubungi media mengaku pergi ke mahkamah syariah, tetapi enggan mengulas lanjut.
KOMEN MIRA :
Tak da perempuan yang sanggup bermadu even sekalipun seseorang itu membenarkannya...jauh disudut hatinya tersingkap satu perasaan cemburu,iri hati,memberontak apabila melihat suaminya dengan orang lain walaupun dengan kebenaran..Kalau disebabkan soal zuriat ,ramai lagi pasangan yang tak dapat zuriat 10 taon berkahwin..tapi kalau soal laen,wahuallahualam..mira pun tak berani keluar statement sebab mira tak tahu sejauh mana kebenaran ni...tapi apa yang mira boleh kata kan,kalau benar cerita ni ,mira cuma kesiankan Dayana..hati dia mesti terguris.disebabkan soal zuriat,dia 'disisihkan'..huhu,kata nak hidup semati...berikhtiar la cari lain di zaman moden ni..
Catat Ulasan
Maaf yaaa semua !! blog mira ada masalah tak boleh preview comment .. Soo terpaksa refresh home baru ada button 'POST A COMMENT ' ..